Apa Itu Lebah Kelulut?



Lebah Kelulut Adalah....???
Apa beza dgn Penternakan lain seperti Ruminan (Kambing-Berbiri-Lembu), Unggas (Ayam-Itik-Angsa) dan Ikan dll?...






Adakah lebah kelulut mempunyai SENGAT?..
TIDAK kerana ia dikategorikan sebagai "stingless bee", lebah yang tidak bersengat dan tidak membahayakan orang lain...
Di Malaysia terdapat 33 spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim Khatulistiwa...
Adakah Lebah Kelulut dalam kategori Lebah spt yang disebutkan dalam Al-Quran?...



KHASIAT MADU LEBAH KELULUT/stingless bee
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)
KHASIAT MADU KELULUT
Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman
MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.
Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).




YA dan Dalam Al Quran hanya menyebut LEBAH...
 LEBAH dari family APIDEA, iaitu serangga yang memakan nektar dan debunga seperti yang disebutkan dalam Al-Quran..
APIDAE dipecahkan kepada Sub Family APINEA mengikut ilmu Entomologi (kaji serangga) iaitu;.
Lebah Apis (Lebah menyengat spt lebah Tualang (Apis Dorsata), Lebah Import (Apis Melifera), Lebah Cerana/Kampunf (Apis Cerana) - APICULTURE...
Lebah Bombus - Bumble Bee (Lebah kecil) yang berbulu dan suka berbunyi buzzzz. - BOMBICULTURE..
Dr segi Modal Awal..
Lebah kelulut hanya perlu beli batang kayu atau yang dah siap masuk dalam kotak shja. Dlm lingkungan 200-300(utk batang kayu) atau yang dalam kotak siap (500-800) shja...
Berminat boleh dapatkan dari org yg dipercayai dan berpengalaman serta berkepakaran... whsaap saya 01116724247 saya aki di Kuala Lumpur...

Makanan?..
Lebah tidak perlu diberi makan setiap hari seperti rumanan, unggas dan ikan. JIMAT KOS OPERASI...
Anda cuma perlu sekali Tanam shja tanaman yang mempunyai Nektar (Manisan) dan Polen (Debunga) utk dijadikan sumber makanananya...



Pengurusan?..
Pengurusan nya sangat minimum berbanding haiwan ternakan lain disebabkan tidak perlu diberi makan, hanya perlu perhatikan keadaannya bebas dari serangga perosak, kulat, kemasukan hujan dan terlampau panas shja. Yg ptg lebah bagi anda makan bukan anda yg bagi makan pd mereka..
Sangat sesuai utk yg nak buat secara PART TIME, sebab anda boleh tinggal di ladang dan dirumah sewaktu ingin pergi berkerja atau bercuti...

Hasil dan pendapatan macamana?..
 Ada yang mengatakan hasil madu mencecah 5kg?!! WOW!! -- hati2 ramai yg jenis mata duitan suka guna angka2 yg WOW supaya dapat menyakinkan anda membelinya, apa tidaknya cuba 5kg x RM240= RM1200/koloni dah hasil, jika 50 koloni? Jadi hati2 dan jangan percaya benda yg tak rasional...
Realitinya dalam 200-600gram waktu musim biasa dan 800-1.8kg waktu musim bunga secara purata. 
Jika ada mula dgn kecilan 50 koloni x 400gram (ambil hasil purata penternak dpt): 20kg x rm240 = RM4,800/bulan - bergantung pd sumber makanan..
Harga pasaran runcit RM240/kilo, 3 kali ganda lebih mahal daripada madu lebah biasa...

Khasiatnya mcmna?..
Daripada kajian pihak Mardi dan USM Kubang Kerian, ringkas yang boleh diterangkan khasiatnya 2-3 x ganda daripasa madu lebah biasa, setanding harganya....
Adakah ia madu Asli?..
YA, tak puas hati anda boleh ternak sendiri di laman rumah anda, bila madunya penuh anda boleh tuai.. dijamin ASLI 100%..
1 rumah 1 koloni, insyaAllah bebas madu tiruan...

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik...



FIZIKAL LEBAH KELULUT...
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah...


CIRI-CIRI KHAS LEBAH KELULUT ;
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara. (Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan)....

JENIS LEBAH KELULUT..
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi....
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya....


Bentuk Binaan Propolis dan Kantung Madu Dalam Topping H. itama

Pada masa ini teknik topping adalah satu teknik menjadi ikutan ramai penternak kelulut.  Ini teknik ini pada kebiasaannya mendapat kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan teknik pemidahan keseluruhan koloni kedalam kotak haif.  Teknik ini adalah lebih tahan lasak terhadap keadaan persekitaran seperti faktor suhu dan kelembapan.  Dalam teknik ini, semua koloni adalah berada didalam log dan kantung madu, kantung roti lebah naik keatas dalam 3 bentuk iaitu  a) Tangkai anggur, b) Bentuk roti kopi  dan c) Bentuk ros hitam.  Bentuk-bentuk ini terhasil disebabkan beberapa faktor seperti keaktifan koloni, keadaan persekitaran dalam kotak dan teknik topping yang dibuat.

Bentuk tangkai anggur

Bentuk Tangkai Anggur

Ini adalah bentuk ideal yang dikehendaki oleh semua penternak.  Disini kelulut pekerja didapati bebas bergerak didalam topping, menterai semua rongga kecil yang ada didalam kotak topping atau antara plastik penutup dengan kotak.  Pekerja didapati selesa berada dalam topping tersebut dan aktif membina rangkaian propolis diikuti denban membuat kantung madu dan kantung untuk roti lebah. Kelulut kemudian mengisi kantung madu atau kantung roti masing dengan nektar dan debunga yang telah diproses.  Rangkaian kantung tangkai anggur ini terus membesar dengan pertambahan jumlah kantung madu & kantung roti lebah.  Tuaian madu boleh dibuat apabila jumlah kantung bertambah sehingga 30-40 biji. 

Bentuk roti kopi

Bentuk Roti Kopi

Dalam keadaan ini satu lapisan propolis (involcurum) telah dibentuk menyelubungi struktur propolis berangkai, kantung madu dan kantung roti lebah dibawah.  Pada kebiasaannya struktur ini akan membesar bergantung kepada aktiviti pengumpulan madu dan roti lebah dibawahnya.  Kelulut didapati tidak bebas bergerak didalam kotak topping walaupun kelulut banyak dibawah selaput involcurum tersebut.  Ini berlaku kerana kelulut tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dalam kotak tersebut.  Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan ada gangguan perosak seperti semut di dalam kotak tersebut atau kotak topping yang terlampau besar dan agak sukar bagi koloni tersebut untuk mengawal suhu persekitaran haif tersebut.

Dalam keadaan sebegini, penternak tidak harus risau kerana walaupun pun dikelilingi selaput, jumlah kantung madu adalah bertambah.  Saya cadangkan pada peringkat awal-awal jangan apa2kan binaan ini.  Penternak boleh mula mengoyak sedikit selaput setelah struktur tersebut telah memenuhi lebih separuh daripada permukaan kotak tersebut.  Ambil sedikit roti lebah (2-3 kantung) dan letak dibahagian luar sebagai umpan kepada kelulut pekerja untuk terus berada diluar selaput tersebut. Ulangi proses tersebut 2 atau 3 kali jika kelulut pekerja menutup kembali selaput tersebut.  
Bentuk ros hitam

Bentuk Ros Hitam

Dalam bentuk ini propolis berbentuk seperti kelopak bunga ros dan bewarna hitam atau coklat gelap.  Pada kebiasaanya tiada kantung madu terbentuk atau hanya beberapa biji dibawah struktur propolis.  Struktur ros tidak banyak berkembang kerana tiada pembentukan kantung madu dibawahnya.  Ini kemungkinan besar terjadi apabila kawasan pembentukan madu adalah jauh dibawah aras keratan yang telah dibuat untuk diletakkan topping walaupun keratan yang dibuat sudah pada paras sel anak.   Kemungkinan lain ialah log tersebut telah dipotong untuk dibuat topping terbalik.  Ini bermakna kawasan madu adalah terbentuk dikawasan bawah didalam log dan bahagian bawah.   Lebah pekerja terus menyimpan madu dibahagian bawah.

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan memotong log bahagian bawah dan atas ke aras sel telor.  Ini akan memaksa pekerja untuk membuat madu didalam topping memandangkan ruang lain untuk membuat madu sudah tiada.  Jika masalah ini berkaitan dengan kedudukan log yang terbalik, log boleh diterbalikkan dengan memotong bahagian bawah sampai ketahap sel telor dan menutup bahagian yang dipotong asal sebaik mungkin...
Satu lagi yang boleh dicuba ialah dengan memaksa lebah pekerja naik ke atas.  Ini dapat dibuat dengan ikuti langkah-langkah berikut:

1.  Buang propolis di bahagian atas dan tutup kembali dengan kemas

2.  Pada waktu malam (dalam jam 8.00 pm), tutup corong dengan kemas agar kelulut tidak boleh keluar masuk

3. Pada awal pagi, tengah hari dan petang keesokkan nya, ketuk log kayu (kawasan brood sel) perlahan-lahan untuk memaksa lebah pekerja keluar dan berkumpul di dalam topping

4. Pada hari berikutnya, buka corong keluar masuk yang telah ditutup tadi.

5. Jika tidak berjaya, ulang proses yang sama.  Pada kali tutup muncung selama dua hari sebelum dibuka semula..
Satu lagi langkah yang boleh diamalkan oleh petani ialah dengan menebuk topping untuk menjadi jalan keluar masuk baru dan seterusnya tutup corong asal.  Ini akan memaksa naik ke atas log dan seterusnya membuat madu.

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang PROPOLIS :
S : Apakah kebaikan propolis untuk tubuh badan kita apabila diamalkan?
J : Propolis mempunyai 2 fungsi, Sebagai:
1. SUPLEMENTASI: Membekal Zat, Vitamin dan Mineral lengkap, pada tubuh, yang mungkin tidak mencukupi pada diet pemakanan kita setiap hari. Zat, Vitamin dan Mineral yang terdapat pada Propolis akan menutupi kekurangan tersebut.
2. PERAWATAN : Fungsi pembunuh Kuman, Virus, Bakteria dan Anti-Oksidasi yang terdapat pada propolis membantu merawat berbagai penyakit-penyakit merbahaya pada masa kini.
S : Bolehkah bayi dan kanak-kanak mengambil propolis?
J : Propolis dihasilkan oleh lebah sama seperti madu yang dihasilkan oleh lebah. Ia semulajadi dari tumbuhan. Sesuai untuk bayi, kanak-kanak remaja, dewasa dan tua. Sekiranya anda ragu-ragu, sebaiknya, merujuklah pada doktor dan pakar pemakanan anda terlebih dahulu.
S : Berapa cepatkah penyakit boleh sembuh?
J : Tidak ada satu tubuh yang serupa. Dari laporan yang diterima, ada pengguna yang mendapat kesan serta-merta, ada keesokan hari, ada yang selepas 3 hari, ada setelah 1 minggu, ada yang selepas 2 minggu, ada juga selepas 1 bulan. Bagi kes-kes penyakit yang telah lama dan kronik, ada 3 bulan hingga 6 bulan, Ada juga laporan, segelintir pengguna yang tidak mendapat apa-apa kesan. Berkemungkinan, atas sebab pengambilan yang tidak teratur.
S : Apakah perbezaan air liur enzim sarang burung layang-layang (walit ) dengan air liur enzim lebah (propolis), dari sudut zat tambahan dan perawatan?
J ; Air liur enzim walit banyak kebaikannya. Kajian makmal menunjukkan, ia masih tidak dapat menandingi kelebihan dan keunggulan air liur enzim lebah (propolis) dari sudut zat tambahan dan perawatan penyakit. Tambahan, ia telah diperakui oleh Al-Quran dalam Surah An-Nahl: Ayat 69. ( sila rujuk Al-Quran )
S: Bolehkah saya menggunakan Propolis setiap hari sebagai suplemen. Dan apakah kelebihan Propolis berbanding suplemen-suplemen harian lain?
J: Suplemen lain juga baik, Kelebihan Propolis ialah….. Ia bertindak dalam 3 fungsi : “Membekal” vitamin dan mineral, “Menghalang” serangan penyakit dan “Merawat” penyakit yang telah bertapak sekian lama dalam tubuh. Ia mempunyai sifat “Antibiotik”semulajadi. Itulah yang tiada pada suplemen-suplemen lain. Itulah kesempurnaan Maha Pencipta. Campurlah suplemen lain dengan propolis, malahan akan lebih baik.
S : Adakah Propolis membantu masalah “ Tawar seks” bagi kaum lelaki ?
J : Ya. Punca tiada keghairahan untuk melakukan seks adalah disebabkan kelemahan libido hormon. Propolis amat membantu meningkatkan libido hormon dan menyusun atur hormon-hormon lain. Ambil 2 / 3 titis bersama segelas air putih 1/2 jam sebelum melakukan persetubuhan (Berselawat 3 kali). Anda akan merasa “ suatu kelainan” sewaktu berasmara bersama isteri anda.
Nota: Sebaiknya, berilah isteri anda pengambilan sukatan yang sama, sekiranya perlu hidangkanlah untuknya. Wanita juga mengalami kelemahan hormon estorogen. Anda bersama pasangan akan menikmati “ suatu kelainan” yang menakjubkan. Insyalah.
S : Apakah propolis mengandungi alkohol ?
J : Tidak. Sebagai satu-satunya pengeluar muslim produk propolis di Malaysia. Kami amat menitik beratkan kesucian dan keaslian pada produk keluaran kami. Kami tidak mampu menjawab dipadang masyar nanti… sekiranya ada perkara yang bertentangan dalam pengetahuan kami.
S : Bolehkah saya meninggalkan terus, ubat yang saya gunakan sekarang, dan hanya mengamalkan propolis?
J ; Tidak. Janganlah... membelakangkan ubatan lain samada ubatan hospital atau alternatif. Gunakanlah terus bersama dengan propolis, sebaiknya jarakkan propolis 2 jam dari ubatan lain. Tubuh sendiri akan tahu yang terbaik kelak….. Sekiranya, mahu meninggalkan mana-mana ubatan agar tiada pergantungan selama-lama dengannya.. Tinggalkanlah secara perlahan dengan mengurangkan dos pengambilan beransur-ansur.
S : Propolis ini dalam kategori ubat atau suplemen?
J : Bersifat serbaguna. Suplemen dan Perawatan, . Suplemen: kerana mengandungi zat vitamin dan mineral lengkap yang diperlukan tubuh setiap hari. Perawatan: ia adalah antibiotik semulajadi yang ampuh untuk menentang segala jenis bacteria, virus dan kulat. Ini telah terbukti secara saintifik hasil kajian makmal dan para pakar kesihatan seluruh dunia.
S : Bolehkah propolis diambil melebihi dari sukatan yang disyorkan?
J : Boleh. Ia adalah bahan semulajadi dan bukan bahan kimia. Sekiranya berlebihan dari yang diperlukan dari keperluan masalah tubuh, sistem perkumuhan badan akan membuang-nya.
Untuk keadaan tertentu, anda perlu mengambil lebih dari sukatan yang disyorkan. Selagi tidak melebihi 20 ml setiap pengambilan. (lebih kurang 3 botol miniature sukatan 6 ml)
S : Bolehkah saya berhenti mengambil propolis setelah penyakit sembuh?
J : Boleh. Sekiranya tidak memberatkan, minumlah sekali-sekala kerana selain membekalkan vitamin dan mineral lengkap untuk kecergasan tubuh, ia juga memberi perlindungan tubuh badan dari serangan penyakit ringan dan kronik atas sifat antibiotik semulajadinya.
S : Saya sedang mengamalkan ubatan dari hospital, Bolehkan saya mengambil Propolis ?
J : Boleh. Tidak menjadi pertentangan menggabungkan rawatan alami dan ilmiah dalam mengubati penyakit. Propolis dari sumber semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. Sebaiknya, jarak kan waktu pengambilan 2 jam dengan apa-apa ubatan hospital.
S: Bolehkah Propolis digunakan untuk kegunaan luaran?
J: Ya. Propolis telah digunakan untuk kegunaan luaran sejak 2000 tahun yang lalu. Umumnya ia digunakan untuk merawat luka, masalah kulit, jerawat, pendarahan, dan banyak lagi. Untuk kegunaan khusus, gunakan pada cotton bud dan sapukan pada tempat yang bermasalah.
S: Saya menghadapi masalah gusi yang sering berdarah dan gusi berasa ngilu dapatkah propolis membantu masalah saya?
J: Salah satu faedah kesihatan terbesar bagi Propolis ialah kerana ia memiliki anti-radang dan anti-microbe yang berkesan. Ia boleh digunakan setiap hari untuk membasuh mulut bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria; mencegah pembentukan plak pada gigi dan ia amat berguna juga dalam merawat ulser mulut dan gingivitis. Ia juga akan memperkuatkan gusi anda.
S: Adakah Propolis sesuai untuk pesakit diabetis?
J: Ya. Ia dapat menyembuhkan luka apabila digunakan dengan kerap dan menguatkan sistem imun badan serta mencegah daripada sebarang jangkitan. Sesetengah penghidap diabetis melaporkan penyakit diabetis mereka menunjukkan kesan yang amat positif selepas pengambilan propolis.
S: Adakah sesiapa yang tidak sesuai menggunakan Propolis?
J: Bagi sebilangan kecil mereka mungkin mengalami alahan kepada Propolis. Oleh sebab itu, mereka yang menderita dari asma, walaupun ada penyelidikan yang dikeluakan menyataka propolis membantu penyakit asma. Atau sesiapa yang alah pada produk lebah termasuk madu, perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengambil Propolis.
S: Adakah Propolis selamat digunakan untuk tempoh jangka masa yang panjang?
J: Ya. Setakat ini tidak ada kesan sampingan yang dilaporkan. Ia juga dicadangkan untuk diambil setiap hari sebagai zat tambahan harian, bagi membina dan memperkuatkan sistem imunisasi
S : . Apakah kesan positif.yang dirasai. Sekiranya saya mengamalkan propolis sebagai suplemen harian?
J : Banyak laporan yang diterima dari pengguna-pengguna. Mereka merasa lebih cergas dari hari-hari sebelumnya, perasaan lebih tenang dan sangat stabil, kehidupan harian lebih ceria berbanding sebelum pengambilan propolis dan berbagai-bagai masalah kesihatan hilang begitu saja....
wshapp saya 01116724247...












1 ulasan: