Video ini adalah sebahagian daripada dokumentari BBC 'Attenborough - Trials of Life'. Ia tentang bahan-bahan yang dihasilkan oleh haiwan untuk kegunaan hariannya.
Video ini menerangkan bagaimana lebah kelulut menggunakan propolis sebagai bahan utama pembinaan sarangnya.
Video ini menerangkan bagaimana lebah kelulut menggunakan propolis sebagai bahan utama pembinaan sarangnya.
SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.
Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.
Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan.
“Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil,” katanya.
Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.
Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.
Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.
“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.
Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.
“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.
Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.
Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.
“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.
Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.
“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.
Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.
Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.
Filem pendek ini oleh Stephen Buchmann berkenaan kaum Maya...
Sejarah menunjukkan kaum Maya adalah antara kaum yang awal memburu dan menternak lebah kelulut. Kini kaum Maya tidak lagi menternak lebah kelulut selepas kedatangan lebah madu (Apis melifera)...
Dalam video ini diterangkan dengan jelas bagaimana membuat kotak haif kelulut yang serbaguna. Kotak ini boleh memecahkan koloni untuk pembiakan...
Ia boleh diaplikasikan untuk lebah kelulut Malaysia spesis Heterotrigona itama...
Cara Menyediakan Makanan Tambahan Untuk Kelulut...
Resepi:
100 gram debunga kering.
1 sudu besar madu
50 g lilin apis mentah
1 pencungkil gigi
Penyediaan:
Campurkan 1 sudu besar madu dengan debunga polen. Campurkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi gentilan dlm kelembutan tanah liat.
Sediakan mengikut saiz kelulut yg diternak.
Berikut adalah contoh: Besar, Sedang Kecil mengikut kelulut Saiz.
Bebola tadi dicelup beberapa kali kedalam lilin cair aps dan menyejukannya dengan mengunakan air sejuk.
100 gram debunga kering.
1 sudu besar madu
50 g lilin apis mentah
1 pencungkil gigi
Penyediaan:
Campurkan 1 sudu besar madu dengan debunga polen. Campurkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi gentilan dlm kelembutan tanah liat.
Sediakan mengikut saiz kelulut yg diternak.
Berikut adalah contoh: Besar, Sedang Kecil mengikut kelulut Saiz.
Bebola tadi dicelup beberapa kali kedalam lilin cair aps dan menyejukannya dengan mengunakan air sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan