Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium
Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Madu juga dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout katanya. [Universiti Sains Malaysia (USM)]
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Bercerita tentang madu Puteri Jamu ada cerita tentang kisah madu dan khasiatnya juga cara pengambilan.
Dengan nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”
Kajian Tentang Khasiat Madu...
Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah mengulas tentang khasiat madu dari segi kesihatan. Awet muda dan umur panjang adalah di antara hasil dari pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliu khasiat madu boleh menyembuhkan perbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Secara umum khasiat madu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Mengandungi perbagai nutrisi di antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Juga mengandungi garam galian, Beta karoten, dan Glukosa.
Khasiat Madu Untuk Kesihatan ..
Daripada pengalaman saya sendiri dan juga anak-anak buah, dengan pengamalan meminum madu 1 atau 2 sudu besar setiap pagi ternyata memberi kesan yang sangat baik pada kesihatan. Di Antaranya adalah...
- Mengatasi Masalah Lesu – Saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Dengan pengambilan madu dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting
- Mengatasi Insomia – Di Antara khasiat madu yang diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih tenang dan rileks. Ini sangat membantu masalah saya yang kadang kala sukar untuk tidur
- Mengubati Masalah Ulser Mulut Dan Gusi Bengkak – Sapukan madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika. InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat membantu mengurangi bau mulut
Bagi kanak-kanak pula khasiat madu ialah :
- Meningkatkan Nafsu Makan – Di Antara vitamin yang terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari perbagai penyakit. Dalam masa yang sama membantu tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan kecerdasan minda kanak-kanak. Saya Nampak perubahan yang ketara pada anak buah saya
- Membersihkan Sisa Kotoran Usus Besar – Anak buah saya mengalami masalah usus besar yang pra-matang. Ini membawa kepada masalah sembelit yang amat teruk. Dengan khasiat madu yang berperanan membersihkan perut dan usus, Allhamdulillah masalah tersebut terus hilang. Zat Besi membantu proses percernaan makanan. Dengan ini masalah sembelit dapat dipulihkan
Tips Cara Mengambil Madu
Setiap pagi amalkan minum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu. InsyaAllah mampu mengubati sebarang jenis penyakit disamping kekal awet muda anggun menawan.
Bagi menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka cubalah memakai masker madu sekali seminggu. InsyaAllah kulit akan menjadi bertambah halus dan licin. Memakai masker dengan menggunakan madu tanpa sebarang campuran bahan lain atau dengan menambahkan yogurt, tea tree oil atau air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.
Campurkan 1 sudu madu ke dalam minuman kanak-kanak. Hasilnya mereka akan tidur dengan nyenyak.
Paling penting apabila minum madu perlu berniat mengikut Sunnah Nabi SAW dan yakin hanya ALLAH yang memberi kesihatan dan menyembuhkan apa juga penyakit.
Perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Kandungan dalam madu lebah | |||||||||||||||||||||||||
Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti: | |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa. | |||||||||||||||||||||||||
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya. | |||||||||||||||||||||||||
Khasiat madu lebah | |||||||||||||||||||||||||
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah: | |||||||||||||||||||||||||
- Asma | - Haid | - Resdung | |||||||||||||||||||||||
- Alahan | - Jerawat | - Rambut gugur | |||||||||||||||||||||||
- Barah | - Letih | - Sakit kepala | |||||||||||||||||||||||
- Buasir | - Lendir kahak | - Sakit pinggang | |||||||||||||||||||||||
- Batuk kering | - Lemah jantung | - Sakit sendi | |||||||||||||||||||||||
- Batuk | - Mata | - Sukar tidur | |||||||||||||||||||||||
- Darah Tinggi | - Pening | ||||||||||||||||||||||||
- Gastrik | - Penyeri muka | ||||||||||||||||||||||||
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah: | |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Madu lebah menurut Islam | |||||||||||||||||||||||||
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benarterdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
| |||||||||||||||||||||||||
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh | |||||||||||||||||||||||||
Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah | |||||||||||||||||||||||||
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria. | |||||||||||||||||||||||||
Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. | |||||||||||||||||||||||||
Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida. | |||||||||||||||||||||||||
Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat. | |||||||||||||||||||||||||
Kaedah ujian keaslian madu lebah | |||||||||||||||||||||||||
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah: | |||||||||||||||||||||||||
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah | |||||||||||||||||||||||||
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. | |||||||||||||||||||||||||
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. | |||||||||||||||||||||||||
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! | |||||||||||||||||||||||||
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya RACUN yang sangat berbahaya. | |||||||||||||||||||||||||
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. | |||||||||||||||||||||||||
Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?
| |||||||||||||||||||||||||
Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut: | |||||||||||||||||||||||||
|
Ni madu kelulut atau madu lebah. Mengelirukan. Gambar lebah madu tajuk lebah kelulut.
BalasPadam