Perangkap Lebah Kelulut





Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar.

Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi.

Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejantan. Kemudian para pekerja mula membina sel2 telur. Jangkaan antara 2-3 bulan adalah masa yg sesuai untuk memindahkan koloni ini ke dalam kotak haif...




Perangkap Kelulut yang telah mengena


Up close n personal - Rezeki Allah SWT.



Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya.

Cara Membuat Perangkap Botol:-
1. Dapatkan botol air minuman 1.5L dan bersihkan.
2. Masukan cecair peraman propolis yg telah dicairkan dengan alkohol.
3. Jemur botol di tempat panas utk membolehkan alkohol tersejat 100% dan propolis menyaluti keseluruhan bahagian dalaman botol. Botol hendaklah kering dgn menuang semula lebihan cecair tadi.
4.  Tebuk lubang di permukaan penutup botol dan tutup kembali botol dengan penutup botol. sakutkan sedikit propolis ditepi permukaan lubang botol tadi.
5. Balut botol kecuali Penutup botol dengan kertas surat khabar dan kemudian dengan plastik sampah yang berwarna hitam. Lekatkan plastik tadi dengan pelekat salotape ( betui ke ejaan tu... cam salah je)..
6. Kemudian letakkan botol perangkap tadi di kawasan tumpuan kelulut iaitu di pokok2 rendang/teduhan yang mempunyai sumber nektar yg banyak berdekatan.
7. Selamat mencuba..

Boleh juga membuat lubang di tengah2 botol dengan meletakan paip pvc pendek sebagai saluran masuk. salutkan propolis kat muncung masuk paip pvc ini...


Ramunan Peraman Propolis..
Larutan ini boleh dinamakan sebagai carian pemikat kelulut supaya bersarang di dalam perangkap yang dibina. ia juga sebagai alat untuk menghilangkan bau botol minuman tadi.

Bahan2nya..
1. Propolis kelulut yang diambil daripada log yang dipotong. Sebolehnya ambil ke semua bahagian sarang. ini kerana struktur dalaman sarang kelulut dibuat dgn sumber yg berlainan.. propolis, batumen, cerumen etc.. koi pun xbrape mahir.
2. Larutan alkohol. kena carik kat farmasi. kena tanya kat ahli farmasi kos brg terkawal. cari 94 or 95%..
3. sedikit madu n polen.
4. botol kaca or plastik. xkisah saiz.

Cara membuatnya..
1. Masukan 100 gram propolis dan 300 gram alkohol dalam botol.
2. Masukan sedikit madu. Ikut suka. saya wat sikit je. nak bg bau je. xder pun xper..
3. Masukan sedikit polen. sikit je. dlm 5gram.. nak bg bau je.. xder pun xper..
4. Tutup penutup botol td dan goncang larutan td selama 10min sehingga semua material yg dimasukan td melarut. kalo xlarut semua pun xper.
5. Letakkan di dalam mana2 kawasan yg gelap. koi bubuh dalam almari je..
6. Peram selama min 7 hari. Pada setiap hari kena goncang secara kuat selama 5-10 min. Kena goncang ne nak pastikan semua material melarut je..

Selepas 7 hari, semua material akan melarut. kalo xlarut semua pun xper. doh boleh guna. larutan yg jadi sebelum digoncang, larutan agak kemerahan di bahagian atas dan bahagian bawah kerus serupa teh susu dan ade material yg xlarut or abuk2 log yg aokme potong td..  masa nak guna aokme kenalah goncang ya bagi larutan tadi sebati...


Perangkap Kelulut Liar...



Perangkap Kelulut Liar yg Mudah dan Murah

Cuti hujung minggu aku habiskan di tapak projek dengan membina perangkap lebah kelulut menggunakan batang buluh yang banyak di kebun. Ilmu ini aku dapati daripada pemerhatian dibuat menerusi Youtube mengenai teknologi lebah kelulut yang dijalankan oleh perserta di luar negeri terutamanya di Amerika Selatan. Kat sana mereka menggunakan botol2 air minuman 1.5l yang dibalut dengan kertas suratkabar dan plastik berwarna hitam kerana lumrah lebah kelulut mereka tak suka kepada cahaya dalam pemiliha sarang. So kalau tuan2 mahu pelajari teknologi mereka bolehlah gunakan Tag "Native Bees" or "Jatai". taip these tow words kat youtube and klick serach....


Perangkap Lebah Kelulut dan Lebah Madu : Yang mana akan mengena dahulu?..


Perangkap Lebah Kelulut yang siap terpasang

Walaupun mudah dan murah menggunakan buluh tetapi ianya masih memerlukan nasib yang baik dan limpahan rezekiNYA untuk mengena. Bilakah jangkaan Lebah Kelulut akan membuat sarang di dalam perangkap ini hanya ALLAH SWT yang mengetahui. So kita tunggu sahaja. 

Saya membuat kira-kira 20 buah perangkap ini yang diletakkan secara rawak di seluruh kebuh Durian terutamanya di sekiling tiang pagar kebun kerana amat mudah dipasang disitu disamping terdapat teduhan yang baik dan suhu yang rendah..




































5 ulasan:

  1. kalau propolis di cair kan mengunakan thinner/solvent adakah boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa tuan TIDAK BOLEH menggunakan 'thinner' atau 'solvent' untuk mencairkan propolis kerana cecair berkenaan MEMPUNYAI BAU YANG KUAT dan MENGELUARKAN GAS YANG BERACUN!

      Padam
  2. Salam tuan.

    Apakah cara untuk mengelakkan pemangsa atau pengacau lebah kelulut daripada masuk ke dalam perangkap yang telah dipasang?Saya telah meletakkan perangkap kelulut pada pokok rambutan dan jambu air.Hasilnya SANGAT MENGECEWAKAN kerana saya mendapati bahawa ada CICAK telah masuk ke dalam sebuah perangkap serta SEMUT KUNING GILA telah BERSARANG di dalam perangkap yang lain.

    Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghindarkan makhluk berkenaan daripada masuk ke dalam perangkap berkenaan?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna "kapur anti semut" yang disapu keliling pintu masuk botol perangkap. Ada dijual di pasar malam @ kedai ubat

      Padam
  3. Apa saja jenis propolis pun buli guna ka kalau target kita h.trigona itama

    BalasPadam