Peroleh RM1,000 Seminggu...




Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendapat upah setimpal dengan usaha selama ini. 
Namun tidak bagi anak jati Kampung Jintan, Chetok, Pasir Mas iaitu Azeman Jaya, 22, atau lebih dikenali sebagai Tok Cik apabila dia memilih untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut bagi mencari rezeki yang halal. 

Walaupun pada peringkat awal pilihannya itu sering diragui namun, berkat usaha dan keyakinan diri, Azeman mengorak langkah cuba membuktikan kelainan yang dilakukannya itu. 
Berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian di Institusi Vaterina, Kluang, Johor, Azeman mencabar dirinya dengan memulakan ternakan lebah kelulut secara kecil-kecilan. 
“Ramai graduan sekarang yang memasang angan-angan untuk makan gaji tetapi tidak bagi saya kerana dengan bekerja sendiri juga kita mampu berjaya dalam hidup. 

“Bermula dengan modal RM10,000 hasil bantuan adik-beradik, saya hanya menggunakan kawasan halaman rumah untuk ternakan ini,” katanya kepada Sinar Harian. 
Menurutnya, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik itu, halaman rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan memberi kelebihan kepada usahanya itu kerana ia dapat menarik minat lebah kelulut. 
Katanya, selepas enam bulan bersusah payah berusaha akhirnya dia berjaya menghasilkan 350 koloni kelulut yang diletakkan di sekitar kawasan rumahnya. 

“Daripada jumlah itu, 30 koloni sudah berjaya menghasilkan madu,” katanya. 
Azeman berkata, madu yang dikumpulkan dijual dengan harga serendah RM50 bagi 200 gram, manakala RM140 untuk sekilogram. 
“Oleh kerana madu lebah kelulut mempunyai banyak khasiat, terutama sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan sebagainya, ia sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli. 
“Kadang-kadang permintaan yang diterima lebih tinggi daripada hasil pengeluaran,” katanya yang memperoleh pendapatan RM1,000 seminggu hasil ternakan itu. 
Azeman berkata, melihat kepada sambutan yang diterima, dia bercadang untuk membuka sebuah ladang kelulut di tanah peninggalan keluarga untuk mendapatkan bekalan madu yang lebih banyak pada masa akan datang. 
“Ia masih lagi di peringkat perancangan dan saya berharap dengan sokongan ramai impian ini akan menjadi kenyataan,” katanya. 

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa. Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut. 
Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut. 
Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa. "Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.
 "Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya. 
Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu. Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. 
Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius. Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI. 

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'. Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. 

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. 
Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia. Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. 
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu. Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. 
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. 
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. 

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik. "Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran. "Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya. Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan....

Peluang Perniagaan usahawan madu lebah...


TANPA disangka, Muhammad Iqbal Taufik Mat Nawi mampu bergelar usahawan tani dalam industri penternakan lebah meskipun tidak menyambung pelajaran ke menara gading .
Anak muda kelahiran Pekan, Pahang yang baru berusia 22 tahun itu hanya berbekalkan keyakinan bahawa dirinya mampu menjadi usahawan berjaya dengan usaha, doa, tawakal serta diiringi restu keluarga.
Melihat industri penternakan madu lebah menawarkan masa depan yang cerah, dia mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam bidang tersebut. Malah, langkahnya untuk terjun ke bidang tani juga dianggap selaras dengan dasar serta saranan kerajaan.
Apa tidaknya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sememangnya menggalakkan lebih ramai petani muda terlibat dalam cabang pertanian baharu seperti penanaman herba, penanaman terumbu karang dan pengeluaran madu lebah yang mempunyai potensi sebagai perusahaan bernilai tinggi.
Menurut Iqbal, walaupun terpaksa bekerja dalam cuaca tidak menentu seperti hujan dan panas yang sudah tentu tidak digemari anak-anak muda lain, namun pengorbanan itu amat setimpal dengan usaha gigihnya sehingga mampu memperoleh pendapatan mencecah RM50,000 sebulan.
“Syukur usaha saya dengan bantuan keluarga mampu mencapai ke tahap sebegini. Walaupun, ramai kawan-kawan memilih untuk menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, tetapi gerak hati mahu mencuba nasib dalam industri pertanian ternyata menyebelahi saya.
“Alhamdulillah, pendapatan diperoleh juga lumayan. Namun, saya tetap akan meneruskan kehidupan harian seperti biasa dan sedia untuk berkongsi pengalaman,” katanya yang mula terlibat dalam bidang penternakan madu lebah sebaik sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, dia memilih untuk menternak lebah daripada spesies Apis Mellifera yang berasal dari Australia kerana sifatnya yang jinak.

“Spesies lebah ini mudah dijaga dan tidak banyak kerenah. Malah, kita hanya memerlukan masa kira-kira tiga jam sehari untuk menjaga kesemua populasi haiwan ini.
“Selain itu, berdasarkan kajian, spesies lebah ini juga mengeluarkan madu yang berkualiti tinggi setanding dengan populasi lebah yang hidup liar di hutan,” katanya yang menyanggah persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap lebah sebagai haiwan yang ganas dan gemar menyengat.
Menceritakan bagaimana dia mula berminat dengan prospek perniagaan berasaskan madu lebah, Iqbal menjelaskan, dia mula tertarik selepas mengikuti kursus penternakan lebah dengan seorang kenalan bapanya di Terengganu.
“Dari situ, saya mula menternak lebah secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal yang dipinjam daripada keluarga sebelum menubuhkan syarikat pada 2011..

“Sebaik sahaja tertubuhnya syarikat itu, perniagaan ini semakin berkembang maju sehingga Bee Park berjaya mengeluarkan produk madu jenama sendiri ,” ujarnya yang juga merupakan salah seorang ahli Majlis Agropreneur Muda MOA...
Ujarnya, sebagai seorang usahawan, untuk memperoleh kejayaan pasti ada cabarannya. Cabaran hebat itu hadir apabila pusat ternakannya ditenggalami banjir besar pada penghujung tahun lalu.
“Dalam kejadian banjir itu, kira-kira 100 kotak sarang lebah musnah dan kesemua lebah lari ke tempat lain sehingga mengakibatkan kerugian hampir RM200,000. Namun, bagi saya, ia adalah cabaran yang perlu dilalui semua usahawan sebelum beroleh kejayaan sebenar,” katanya yang kini sedang mengusahakan penternakan lebah di tempat baharu iaitu di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan sementara membangunkan semula pusat penternakannya di Pekan.
Jelasnya, anak muda yang berminat untuk menyertai bidang pertanian baharu disaran berdaftar dengan Jabatan Pertanian untuk menjadi ahli Agropreneur Muda.–DHIYA’ZULHILMI DAUD...


TERNAK KELULUT JANA    RM25,000 SEBULAN

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan.
"Sebelum tahun tahun 1990, madu kelulut belum lagi dikomersialkan, selepas melihat potensi kelulut, satu program telah diaktifkan oleh MARDI untuk mengkaji perilaku serangga tersebut," katanya ketika ditemui.
Hasil penyelidikan tersebut telah berjaya dimanfaatkan oleh beberapa usahawan produk berasaskan madu, termasuklah Syakirah Hamdan, 24.
Menurut pengusaha madu kelulut yang banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar MARDI itu, beliau berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu dan propolis serangga tersebut.
Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.


Potensi kelulut...
Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh.
Syakirah yang mengambil alih perniagaan Trigona Bee daripada ibunya, Norlezah Baharom, 53, akhir tahun lalu menjelaskan, hasil kerjasama dan khidmat nasihat MARDI membolehkan madu dihasilkan lebih banyak dan berkualiti sehingga boleh dikomersialkan.
Ujar bekas penuntut Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur jurusan Diploma Perniagaan itu, sebelum ini Trigona Bee ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat tersebut hanya menternak lebah madu sahaja, namun setelah mendapati potensi dan khasiat madu kelulut lebih baik maka syarikat tersebut cuba kepada menternak kelulut.
"Madu lebah kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan dipercayai dapat melambatkan proses pengoksidaan dalam badan. Ia baik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam plasma darah dan risiko mendapat kanser perut," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor.
Kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaannya meningkat sekali ganda sehinggakan syarikat tersebut sukar menampung permintaan tersebut. Madu kelulut syarikat itu diperoleh daripada penternakan dua buah ladang yang terletak di Semenyih dan Serdang, Selangor.
Tambah gadis yang masih belum berumah tangga itu, lebihan permintaan tersebut berlaku disebabkan kelulut hanya menghasilkan madu secara bermusim iaitu pada musim pokok berbunga sedangkan permintaannya berterusan.
Ujar Syakirah, madu kelulut dijual pada harga RM40 bagi 350 gram.
Selain penjualan madu lebah dan kelulut, syarikat Trigona Bee turut menjual koloni kelulut kepada pelanggan yang berminat untuk menternaknya pada harga antara RM400 hingga RM1,000 untuk satu koloni bergantung kepada spesies kelulut.
"Sifat kelulut yang tidak menyengat berjaya menarik minat ramai orang untuk membeli koloni dan menternaknya sendiri di rumah," kata Syakirah yang banyak dibantu keluarganya.
Jenis madu
Kini, hasil jualan keseluruhan produk syarikatnya mampu mencecah RM20,000 sebulan sekali gus menjadikan Syakirah tidak menang tangan.
Selain madu kelulut, syarikatnya turut menawarkan madu-madu lainseperti Madu Hutan, Madu Habbatus Sauda, Royal Honey, Madu Propolis,
"Madu-madu tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri.
"Misalnya, madu hutan yang boleh membantu meringan batuk, lelah, selesema dan masalah tenaga batin," katanya sambil memberitahu produk tersebut mendapat sambutan daripada pengguna dari luar negara seperti Asia Barat.
Peternakan lebah kelulut memberi hasil yang lumayan sama seperti lebah madu biasa. Lebah kelulut tidak menyegat berbanding dengan lebah madu. Sehingga kini, permintaan madu kelulut semakin tinggi kerana pengguna sedar tentang khasiat yang ada padanya sedangkan pengeluaran masih lagi amat kurang. Dulu madu kelulut diambil secara liar dan kini telah muncul cara baru untuk menternak secara komersial serta memudahkan pengambilan madu.

Produk dari lebah kelulut

1. Madu kelulut
2. Propolis
3. Pollen atau bee bread

Kiraan pendapatan dari Mardi

Dari segi ekonomi..lebah kelulut dapat memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada penternaknya. Sbg contoh dengan memiliki 100 koloni lebah kelulut yang dapat dituai sebanyak 4 kali setahun, sati tuaian akan menghasilkan 2-5kg madu, 1-2kg bee bread dan 400-800g propolis. Dalam satu tahun petani dpt sekitar RM 628-7000 untuk 1 koloni. 
Harga pasaran

Madu RM 80-240 per kg
Bee bread RM75 per kg
Propolis RM180

Bagaimana bermula

Sebaiknya bermula dengan 10 koloni dahulu. Tujuan ini adalah untuk mempelajari dan mengenal dengan lebih dekat mengenai lebah kelulut sebelum membuat pelaburan yang besar bagi mengelak kerugian yg besar.
Kos
Koloni (trigona itama) RM 250-RM800 (dlm batang kayu)
Kotak RM 80 (1 kotak)
Lain2 RM 1000
Jumlah RM 4300-9800

Jenis spesis yang disyorkan

1. Trigona itama
2. Trigona thoracica
3. Trigona laeviceps
4. Trigona terminata

Kawasan yang sesuai menternak

1. Ladang buahan spt belimbing, mangga dll
2. Kawasan hutan akasia
3. Kawasan hutam gelam
4. Kawasan kampung dusun buahan

Hasil madu bergantung kepada sumber makanan. Sekiranya terhad digalakan menanam pokok bunga atau tumbuhan yg disukai oleh lebah kelulut...


8 ulasan:

  1. ADAKAH ANDA SEORANG lelaki PERNIAGAAN / WANITA, PEKERJA DALAM ORGANISASI, BEKERJA SENDIRI? Memerlukan pinjaman peribadi untuk perniagaan tanpa tekanan, Jika ya, hubungi kami hari ini, kami menawarkan musim pinjaman Krismas pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, anda boleh memulakan bulan baru dengan senyuman di wajah anda, keselamatan, kebahagiaan kami pelanggan adalah kekuatan kita. Jika anda berminat, mengisi borang permohonan pinjaman di bawah:
    Maklumat peminjam:

    Nama penuh: _______________
    Negara: __________________
    Seks: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh Pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor telefon bimbit: ________

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel: gloryloanfirm@gmail.com

    BalasPadam
  2. Hello,
    Adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, adakah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua yang mereka mahu adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda, menipu rakyat yang tidak berdosa dan meningkatkan kesakitan mereka. Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.

    PEMINJAM'S DATA.
    1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
    5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
    10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan pinjaman: ............... 12) Agama: ............
    13) Tarikh lahir: ........................

    sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.

    BalasPadam
  3. Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

    Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

    Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

    BalasPadam
  4. Adakah cara utk saya mngetahui keaslianny bhwa lebah itu smemangnya lebah kelulut?(dr segi sifatny dan sbgainya misalkn)

    BalasPadam
  5. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana pertubuhan kewangan, bank dan perusahaan kewangan lain? Jika ya, bimbang tidak lagi kerana syarikat pinjaman @ ROSSA STANLEY, kami adalah syarikat kewangan yang berpengalaman yang menyediakan pinjaman korporat, kepada badan korporat.farmer, kontraktor dan orang awam pada kadar faedah sebanyak 2%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan tunai untuk memberi kepada syarikat dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil.Kami yakin bahawa kebajikan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami yang optimum, mengapa kami berada di sini untuk menjaga pemprosesan pinjaman anda . Berhubung dengan perkhidmatan pelanggan kami

      E-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
      Viber: +15186756750
      Instagram: Rossamikefavor
      Twitter: Rossastanlyloan

      Untuk tindak balas yang cepat dan pantas ....
     
    Sila isi borang permohonan di bawah:

                                                       DATA PEMOHON:

    1. Nama
    2. negara
    3. Alamat
    4. Jantina
    5. Kerja
    6. Jawatan di tempat kerja
    7. Pendapatan bulanan
    8. Jumlah pinjaman yang diperlukan
    9. Tempoh pinjaman
    10. Agama
    11. Pernahkah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
    12. jika anda telah ditolak berikan alasan .............................. .......... ..
         ............................. ..................... ..........
         ............................. ..................... ..........
         ............................. ..................... ..........
         ............................. ..................... ..........
     
     
     
                                         Kami berada di sini untuk keperluan kewangan anda

    BalasPadam
  6. Apakah Anda seorang pria atau wanita bisnis? Apakah Anda dalam kekacauan keuangan atau Apakah Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memulai Skala Kecil dan bisnis menengah yang bagus? Apakah Anda memiliki skor kredit yang rendah dan Anda kesulitan mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya ?. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    BalasPadam
  7. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    BalasPadam